Saturday 12 March 2011

jangan wat gaye "peace"

Jangan Tunjuk Peace kerana...
Simbol peace dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menterbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud :Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).
jadi...sape2 yg slalu bergambar smbil menunujukkan peace atau apa jua keadaan skalipun...harap lepas nie jgn la kita bt lagi tabiat tu.....
sumber ini tidak dpt disahkan kesahihannya....
namun perkare ini pun bknlah dr dlm amalan yg disyorkan oleh agama....
so pndai2la keoada anda utk menafsirkannye......woke sekian untuk ari ni.....

Thursday 10 March 2011

saat lafaz sakinah...

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Monday 7 March 2011

kite mesti pegi........

salam alaikum......ape maksud kite mesti pegi tu?????

Tuesday 22 February 2011

biar pendek tp bermanfaat.......

assalamualaikum.....semoga kita sentiasa dalam rahmatnya....jadi ape tggu lg....marilah bersyukur dengan mengucapkan kalimah syukur ALHAMDULILLAH...

Sunday 20 February 2011

beribu bintang di langit,,,,,,,,

mentari terang kian berlabuh, saat suasana menjadi kelam, detik azan maghrib berkumandang, sayup-sayup kedengaran, apabila setiap manusia.......aish ish pesal lak ni.......berpuitis lak aku nih...,

assalamualaikum.......dan salam sejahtera kepada semua.
salam perkenalan kepada semua, hari ni hari first ak gne blog ni....so mmg amat gembirelah kan....hehee
pape pon gembire2 ak arini pon xdek gembire sgt sbb baru jek khilangan sahabat...namun aku tau tu sume adalah ujian dan peringatan terhadap diriku ini...hahai ayat power....huuuhhuuhuhuu